Sunday, 7 July 2013

HOME-MADE TAPAU & MINI CATERING



Perkhidmatan yang disediakan:-

1.  Masakan makanan untuk simpanan seminggu. 
- Perkhidmatan ini disediakan khusus bagi mereka yang tidak berkesempatan memasak.
- Simpanan untuk seminggu hanyalah untuk lauk-pauk sahaja.
- Sayur-mayur adalah tidak digalakkan untuk simpanan lebih dari sehari.
- Sila simpan makanan yang baru dimasak dan telah disejukkan di tempat beku 
- Defroz serta panaskan bila ingin memakannya pada hari tersebut.
Bekas Makanan : Bekas plastik untuk kegunaan microwave oven

2.  Meals Delivery
- Hanya untuk penghantaran di sekitar Saujana Utama
- Harga setiap pek yang mengandungi lauk dan sayur adalah RM5.00
- Contoh :  
  Menu hari Rabu adalah Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah dan Acar Timun.
  Menu hari Jumaat adalah Set Nasi Ayam
  Contoh menu hari-hari yang lain adalah seperti:-
    Pek Ayam Masak Palembang, Sayur Padprik dan Nasi Minyak atau Nasi Putih
- Menu berubah setiap minggu / bulan    

3.  Mini Catering.
- Untuk jamuan di pejabat/rumah.

* Minimum order:  RM30.00 untuk sekali tempahan (pilihan menu boleh dirundingkan)
* Menu bergantung kepada Stok bahan mentah.


MENU DAN HARGA

LAUK-PAUK (Seketul)
Ayam Goreng Berempah : RM3.00
Ayam Masak Merah : RM3.00
Ayam Masak Lemak Cili Api  :  RM3.00
Ayam Masak Kicap : RM3.00
Ayam Padprik : RM3.00
Ayam Goreng Bercili : RM3.00
Kari Ayam :  RM3.00
Ikan Goreng : RM3.00 (bergantung kepada jenis ikan)
Kari Ikan : RM3.00 ke atas (bergantung kepada jenis ikan)
Ikan Masak Tauchu :  RM3.00 (bergantung kepada jenis ikan)
Ikan Masak Asam Pedas : RM3.00 (bergantung kepada jenis ikan)
Ikan Goreng Bercili : RM3.00 (bergantung kepada jenis ikan)


SAYUR  
Masak Lemak Nenas Dengan Ikan Masin :  RM2.00 
Sayur Tumis Kobis dengan Carrot :  RM1.00
Kacang Panjang Goreng dengan Telor : RM1.00
Sup Sayur Campur : RM1.00
Tempe Goreng Bilis Bercili : RM1.00                 



MENU TAMBAHAN
(tertakluk kepada permintaan dan stok)
Insya Allah kami akan cuba memenuhi keperluan anda 
untuk menu yang tidak disenaraikan di sini. 
   Nasi Putih :  RM1.00

Bihun / Mi / Kuetiaw :  RM1.00 ke 2.50 (bergantung pada rencah)


KUIH-MUIH & BUBUR
Harga : RM0.40 sebiji
Bubur : RM2.00 1 bekas taufufa

                     



Karipap 

Donut




Kuih Getas 


Pau Kelapa







Bubur Caca



Bubur Kacang






Bubur Lambok                              

* Menu tertakluk kepada stok.  

                                                     

* Kami mengalu-alukan tajaan makanan untuk badan amal 
dengan harga diskaun.*


“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya
kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan
(sambil berkata dengan lidah atau hati):
Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah
dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu
atau ucapan terima kasih´
( Surah al-Insan: 8-9)

Sila klik :

Sila buat tempahan anda selewat-lewatnya 

sehari lebih awal

bagi memudahkan kami membuat persediaan.



UNTUK TEMPAHAN, SILA HUBUNGI KAMI:-

menerusi whatsapp:-



012-2203856



Terima kasih diatas sokongan anda.....





Sunday, 8 July 2012

ROTI CANAI FROZEN "GHAZ" TANPA BAHAN PENGAWET!

ROTI CANAI FROZEN "GHAZ"

Usar gusar jika anda yang tidak sanggup menuggu giliran mendapatkan roti canai di kedai!
Inginkan cara mudah untuk anda menikmati Roti Canai tiap hari?

"TERBAIK...!"
1.  ROTI CANAI SEJUK-BEKU "PRE-COOKED" 
Kami menyediakan Roti Canai Frozen "Ghaz" yang boleh disimpan Insya Allah hingga lebih dari 3 bulan di bahagian sejukbeku peti ais anda!

Hanya keluarkan dari peti sejuk dan panaskan atas kuali dengan membalik-balikkannya seminit dua hingga garing.

Kemudian hidangkan dengan kuah kari atau sambal.  Malahan anak-anak lebih suka cicah sahaja dengan susu!

Roti Canai Frozen “Ghaz”, dialun dengan teliti bagi menghasilkan tekstur lembut yang anda inginkan………  Malahan ianya dijamin terbukti masih enak dan lembut walaupun telah dipanaskan untuk kali kedua setelah disimpan di dalam peti ais.

Dengan harga serendah RM3.00 untuk 5 keping bagi setiap pesanan 20 peket ke atas (iaitu kira-kira 0.60 sen sekeping), ianya memang menjimatkan wang saku anda!  Dengan ukurannya yang bulat iaitu kira-kira 6 1/2 ke 7 inci lebar, Roti Canai Frozen "Ghaz" jelas berbaloi untuk dinikmati bersendirian mahupun bersama keluarga, jiran-tetangga dan sahabat-handai.

Di bulan Rejab atau Sha’aban dan juga Ramadhan, pastikan Roti Canai Frozen “Ghaz” sentiasa disimpan di peti ais anda dan panaskan untuk hidangan ketika berbuka atau bersahur.  Ianya begitu menyelerakan dan mengenyangkan sekali…….  Sesuai juga dihidangkan kepada tetamu di Hari Raya……

HARGA ROTI CANAI FROZEN "GHAZ":
a)  Pembelian 1 - 5 pek : RM3.50 setiap pek mengandungi 5 keping r. canai = 0.70 sen sekeping
b)  Pembelian 6 - 19 pek : RM3.30 setiap pek mengandungi 5 keping r. canai = 0.66 sen sekeping
c)  Pembelian 20 pek dan ke atas : RM3.00 setiap pek mengandungi 5 keping r. canai = 0.60 sen sekeping



"TERMURAH...!"
2. ROTI CANAI SIAP TEBAR 
- LEBIH LEMBUT!

(0.56 SEN 1 ketul) 

Hasil dari "Research and Development" (RnD), Alhamdulillah kami telah berjaya menghasilkan tekstur roti Canai yang lebih lembut tanpa mengurangkan keenakan rasanya.


Roti Canai Siap Tebar bentuk sanggul ini belum dimasak dan perlu disimpan di tempat sejukbeku jika anda belum bersedia memasaknya.

Setiap pek mengandungi 5 ketul Roti Canai Sanggul Siap Tebar dengan harga serendah RM2.80 atau hanya 0.56 sen sekeping sahaja!  (Bagi yang order in bulk, harga boleh dirundingkan).

Apa yang perlu anda lakukan jika ingin memasaknya adalah:-
1.  "Defroz" atau biarkan ianya lembut setelah dikeluarkan dari peti ais;
2.  Setelah lembut, tekan dengan jari-jemari anda hingga berbentuk leper seperti roti canai;
3.  Masak di atas kuali leper hingga kuning;
4.  Sedia untuk dihidangkan.....


"TERKINI...!"
3.  ROTI CANAI PLANTA SEJUK-BEKU!

Alhamdulillah, hasil dari sambutan yang menggalakkan dari pelanggan, baru-baru ini kami juga telah melangkah setapak lagi dengan menghasilkan Roti Canai Planta manis frozen! Produk ini dihasilkan khusus bagi mereka yang gemar makan Roti Canai bergula tanpa kuah. 

Roti Canai frozen yang ditambah planta dan tebaran gula di dalamnya, enak dimakan begitu sahaja tanpa perlu lagi menambah manisan.  Roti Canai Planta "Ghaz" bukan sahaja sesuai untuk seisi keluarga, malahan ianya memudahkan bagi ibu-ibu menghidang tanpa banyak renyah, buat anak-anak mereka yang gemarkan makanan yang manis.

HARGA ROTI CANAI PLANTA FROZEN "GHAZ":
RM4.00 setiap pek mengandungi 5 keping r. canai = 0.80 sen sekeping




ROTI CANAI ENAK DIHIDANGKAN 
BERSAMA 
KARI AYAM


ROTI CANAI JUGA ENAK
DIMAKAN DENGAN
KARI IKAN

ROTI CANAI SEGERA DIHIDANGKAN 
BERSAMA 
RENDANG SEGERA.




ROTI CANAI BOLEH DIMASAK TANPA MINYAK


ROTI CANAI DAN KESIHATAN
Bagi anda yang mementingkan penjagaan kesihatan, anda boleh terus kurangkan kolestrol dalam hidangan anda dengan menikmati Roti Canai Frozen “Ghaz” yang baru disiapkan tanpa bahan pengawet.   Anda juga tidak perlu menggunakan minyak masak dikuali ketika hendak memanaskan Roti Canai Frozen “Ghaz”.  Dengan kata lain, Roti Canai Frozen “Ghaz” sedia dibalik-balikkan hingga kekuningan atau garing tanpa minyak!  Kemudian anda boleh terus makan Roti Canai “Ghaz” yang telah siap dimasak begitu sahaja! …...  Nikmatilah rasanya yang enak dan lembut …..bila-bila masa; pagi atau petang, siang atau malam ….. baik di ruang makan, sambil menonton TV atau dimana jua……..



Untuk makluman, buat masa ini kami tidak lagi dapat memenuhi tempahan baru Roti Canai Frozen ‘Ghaz”.   Harap Maaf di atas segala kesulitan.



ROTI CANAI - SEPINTAS LALU

Menurut Wikipedia, "ROTI CANAI" atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia.  Ianya dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang dan malam.  Seringkali dimakan bersama bersama dengan teh tarik, atau teh ais.  Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis."

Melalui pemerhatian di kebanyak kawasan perumahan, walaupun roti canai dijual setiap hari tetapi biasanya hanya disebelah pagi atau bagi sebuah dua kedai hanya dijual pada sebelah petang hingga malam. Bagaimanapun hal ini berbeza di restoran-restoran mamak kerana ia dijual sepanjang masa malah kadang-kadang 24 jam sehari. Di kawasan perumahan yang tidak terdapat banyak bangunan pejabat, pada hari bekerja pelanggan terdiri daripada mereka yang bercuti, anak-anak sekolah dan kaum ibu.  Majoritinya membeli secara bungkus dalam kuantiti lebih daripada sekeping

Perniagaan menjadi semakin rancak pada hujung minggu. Pelanggan sanggup menunggu giliran dan pembelian biasanya dalam kuantiti 4 – 8 keping (jumlah normal bagi bilangan isirumah). Cara pembelian masih lagi secara bungkus bagi kedai orang Melayu, tetapi di restoran mamak kebanyakan pelanggan akan lebih gemar makan di sana bersama keluarga. Mungkin keselesaan di restoran mamak yang menyediakan Astro lebih-lebih lagi dengan adanya saluran sukan khususnya bola menyebabkan pelanggan suka makan di situ. Namun satu perkara yang sama di semua kedai ialah pelanggan terpaksa menunggu sebelum menerima pesanan mereka.


Cubalah produk ROTI CANAI GHAZ hari ini!


Sunday, 4 December 2011

HARI AS-SYURA

Hari As-Syura adalah hari ke 10 dalam bulan Muharram.  Kalender 2011 merekodkan 10 Muharram 1433H jatuh pada 6 Disember 2011. 


"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka"    


(As-Syura : 38)



Sejarah Hari As-Syura
Hari Asyura telah mencatatkan banyak sejarah besar dan keajaiban.  Antaranya:-
1.       Allah mencipta alam ini dan menurunkan hujan
2.      Nabi Adam dicipta
3.      Allah menjadikan syurga
4.      Nabi Ibrahim dilahirkan dan tarikh yang sama baginda diselamatkan dari api Raja Namrud
5.      Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
6.      Taubat Nabi Adam diterima Allah.
7.      Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
8.      Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
9.      Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
10.  Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
11.  Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
12.  Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
13.  Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
14.  Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
15.  Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
Sunat Hari As-Syura
Diantara perkara sunat di hari As-Syura adalah umat Islam disunatkan berpuasa, seperti yang diterangkan dalam hadith riwayat Bukhari:
51- عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ وَلَمْ يَكْتُبْ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ وَأَنَا صَائِمٌ فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ. (رواه البخاري)
Dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hari ini ialah hari Asyura,  sedang kamu tidak diwajibkan berpuasa padanya, sebaliknya aku sekarang sedang berpuasa.  Oleh itu, siapa suka berpuasa bolehlah ia berpuasa dan siapa suka berbuka maka bolehlah ia berbuka."

Bubur As-Syura
Sejarah Bubur As-Syura yang cukup terkenal ialah apabila Nabi Noh dan pengikut-pengikutnya yang setia diselamatkan  Illahi  dari umatnya yang engkar…….  Setelah bahteranya selamat berlabuh dari surutnya banjir besar akibat bencana yang diturunkan Allah ke atas kaumnya yang kufur, bubur Asyura pertama kali dimasak hasil terkumpulnya beberapa bijirin yang ada tika itu.

Tuesday, 29 November 2011

YATIM

PEYATIM (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia)

No.Pendaftaran 861/90 ditubuhkan pada 19 November 1990.  PEYATIM adalah sebuah pertubuhan sukarela yang menyelaras kegiatan 49 ahli gabungan yang terdiri daripada 56 buah asrama di seluruh negara dengan penghuninya seramai kira-kira 4000 anak yatim.

MATLAMAT PEYATIM :  
Berusaha untuk membangun dan mengembangkan potensi anak yatim supaya mampu berdikari.

STRATEGI PEYATIM :
Strategi utama untuk mencapai matlamat ini ialah melalui pendidikan dengan menubuhkan Kolej Teknologi Bestari (KTB) dan Institut Kemahiran Bestari (IKB

KTB dibina di atas sebidang tanah seluas 320 ekar di daerah Setiu, Terengganu pada 14 Jun 1998 untuk memberi peluang kepada anak yatim dan miskin juga masyarakat umum melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang akademik.
KTB menjalin kerjasama dengan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dan luar negara.
KTB menawarkan kursus di peringkat Ijazah, Diploma dan juga Sijil dalam pelbagai disiplin ilmu.

YAWATIM (Wakaf Pendidikan Anak Yatim/Miskin Malaysia)
Usaha sedang giat dilakukan untuk menaiktaraf KTB kepada Universiti Kolej Bestari Malaysia (UKBM) yang berkonsepkan waqaf, dimana ia mampu menampung seramai 5000 penuntut. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi pada dasarnya bersetuju dengan konsep ini dan meminta supaya ditubuhkan satu badan yang dapat mengurus dana waqaf tersebut.
Waqaf dapat membantu anak yatim dan miskin melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang akademik atau pun kemahiran.
Waqaf ini juga membantu bagi membangunkan infrastrukur KTB/IKB dan institusi lain yang akan ditubuhkan di bawah PEYATIM.
Waqaf menjadikan UKBM, IPTS berkonsepkan waqaf yang ulung di Malaysia .
Derma waqaf ini dikecualikan daripada cukai pendapatan (No.LHDN: 01/35/42/51/179-6.3872)

WAQAF TAPAK KTB
Tapak KTB seluas 320 ekar(1,299,000 meter persegi) di Lot No. 3214 Mukim Tasik, Setiu Terengganu akan diwaqafkan dengan kadar RM 300.00(RM:Tiga Ratus) bagi setiap meter persegi (RM 30.00 bagi 1/10 meter persegi).
WAQAF telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam mesyuaratnya pada 18 Mei 2009 melalui suratnya:-
Ruj: MAIDAM .03-003/46-(11) bertarikh 13 Julai 2009.

WAQAF bermaksud menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan umum, dengan niat ibadat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Dalilnya: -
“Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha mengetahui”
Surah Al-Baqarah 2 : 216
Sabda Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:
“ Apabila mati anak Adam, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”
(Riwayat Abu Hurairah)

BAGAIMANA PROSES PENJUALAN DERMA TANAH WAQAF?
•  Aqad jual beli melalui borang khas
•  Pembeli mewaqafkan tanah tersebut
•  Agen mengeluarkan resit
•  Agen memasukkan wang ke akaun PEYATIM
•  PEYATIM mengesahkan penerimaan
•  Pembeli akan menerima sijil penghargaan dari PEYATIM
•  Apabila selesai penjualan dan pewaqafan, tanah ini akan dipindah milik kepada MAIDAM.
•  MAIDAM akan memohon penukaran status tanah kepada status tanah milik kekal daripada pejabat tanah.

PENGURUSAN DANA WAQAF
Dana di urus oleh:-
  • Lembaga Pemegang Amanah
  • Jawatankuasa Pengurusan
Pentadbiran dan Pengurusan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan dibantu oleh kakitangan yang berkenaan.  

Sekiranya anda berhasrat untuk menyumbang, sila hubungi ibu pejabat PEYATIM di 
No.37, Jalan Nirwana 39,  Taman Nirwana , 68000 Ampang, Selangor D.E. 
Tel 03-9286 1992/03-9284 9205.   Fax: 03-9286 4872

SENARAI RUMAH ANAK YATIM DI SELANGOR DARUL EHSAN
1.  Asrama Damai (Anak Yatim Kuang)
KM 28.5, Lorong Teratai Kg. Damai Kuang, 48050 Kuang, Selangor Darul Ehsan
Tel:  03-6038 2823.   Fax: 036-6038 6207
http://rumahanakyatimkuang.blogspot.com/
2.  Rumah Anak Yatim Sg Buaya
Kuala Langat, 42700 Banting, Selangor.
TeL: 03-3187 4964
3.  Rumah Anak-anak Yatim Hulu Kelang (Rumah Bakti)
KM11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Selangor Darul Eshan
Tel:  03-4256 8880
http://rumahbakti.blogspot.com/
4.  Rumah Keluarga Kami
No. 139, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor.
Tel:  03-8736 7877
http://rumahkeluargakami.blogspot.com/
5. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Sabak Bernam, Selangor
Parit 1, Jalan Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Tel: 03-3224 2849
6. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sabak Bernam, Selangor
Batu 36, Sekendi, 45200 Sabak Bernam, Selangor.
http://rumahanakyatimsabakbernam.blogspot.com
7.  Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Anak Miskin Kelang (PENYAKIN)
KM 3, Jalan Meru, Kg Batu Belah, 41050 Klang
Tel: 03-3341 2513
8.  Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)
Taman Subang Permai, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03-5631 2664
9.  Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah 
Batu 1 1/2 Sg Pinang, Jalan Kapar, 41400 Kelang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-3341 0362
10.  Rumah Amal Limpahan Kasih
Ibu Pejabat & Asrama Putera
Lot 115A, Lorong Bistari 3, Kg Sri Aman, Batu 13, 47100 Puchong Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8061 8050   Fax: 03-8060 7514
Pn Rabaah : 019-222 7339 atau En Zawawi : 016-362 7913
E-mail: limpahan_kasih@yahoo.com
http://www.rumahamallimpahankasih.com
11.  Rumah Anak-AnakYatim Darul Izzah
Lot 2191-2A, Pekan Makmur, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel:  03-8925 7293 (En Musa Idris)
http://rumahanakyatimdarulizzah.blogspot.com/

Tuesday, 27 September 2011

Saham Akhirat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (As-Syura:38) 

" And those who answer the call of their Lord and establish worship , 
and whose affairs are a matter of counsel , 
and who spend of what We have bestowed on them"



PESANAN DI HARI JUMAAT
:

Salam Jumaat buat semua kaum Muslimin dan Muslimat.....
Hari Jumaat adalah hari yang paling dimuliakan dalam seminggu.  Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i & irmidzi, Rasullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam alaihis salam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.”



Pada hari Jumaat, difardhukan Solat Jumaat kepada kaum lelaki 
Islam yang cukup syarat-syaratnya iaitu : 
1. Islam  2. Baligh  3. Lelaki  4. Berakal  5. Berkemampuan  6. Merdeka  7. Bermukim

Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dgn syarat-syarat yang tertentu.   Firman Allah dalam Surah Al Jum`ah, ayat 9 :-

bermaksud:
 "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke mesjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," 


Malangnya, di akhir zaman ini, sering kita lihat dan dengar kaum lelaki Islam yang sengaja enggan bersolat Jumaat tanpa alasan-alasan yang munasabah.  Na`uzubillah......
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda : 
عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ 
وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ


"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp menerima petunjuk" Hadith riwayat Abu Daud
Sabda Rasulullah lagi:
“Barangsiapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)


Insya Allah banyak fadhilatnya jika kita menunaikan Solat Jumaat.  Kehadiran ke Mesjid mendekatkan diri kepada-Nya.  Firman Allah dalam Surah Ar Ra`ad: 28
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.  Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"