Thursday, 22 September 2011

Queen's Diary

HUJAN DI BULAN NOVEMBER, 2012.

Ahad, tanggal 4 November, 2012 bersamaan 19 Zulhijjah 1433H.  
Dengan takdir-Nya, hujan turun tanpa henti hari ini.... kekadang lebat...kekadang renyai-renyai dan kekadang sekadar remis-remis sahaja......  Bagi kebanyakan orang, mungkin hari ini tidak sesuai untuk membasuh pakaian.  Tapi hari ini kulalui dengan menjinakkan mesin basuhku membasuh hampir kesemua langsir pintu dan tingkap......  Sidai di mana-mana ruang di dalam rumah termasuk gantung kembali ke tingkap yang telah ku lap habuknya......Alhamdulillah.... Rumah lebih segar kini.....

Musim tengkujuh Monsun Timur Laut yang bermula sejak sebelum Raya Haji lagi ini mengingatkan aku untuk meninjau-ninjau ramalam cuaca di http://www.met.gov.my.  Meskipun demam yang berulang-ulang mengiringiku dalam cuaca yang tidak menentu ini, kugagahi jua meneruskan hari-hari yang mendatang dengan penuh semangat.....Insya Allah. 

Dalam kedinginan angin petang, aku menyelongkar apa-apa bahan yang ada di dapur dan dalam peti ais.....Alhamdulillah, ada sedikit santan, gula kabung, lempok, tepung sebagai lempeng yang digunting kecil-kecil.....  Sesuai benar dibuat bubur caca.   Buburku perlukan satu lagi bahan penting.

Lantas, dalam hujan renyai-renyai, kusarung baju hujan suamiku, bertudung dan terus ke halaman yang dibasahi hujan dengan sebilah pisau... Beberapa helai daun pandan yang dijaga dengan baik oleh suami, kutetas dengan pisau tadi sebelum masuk semula ke rumah dan terus ke dapur.   Alhamdulillah, daun pandan ini dapat juga memberikan aroma Bubur Caca ku......



HALLFEST 2012, PWTC

Alhamdulillah kami berpeluang bertugas di Hallfest 2012; Halal Festival terbesar yang diadakan setiap tahun, dimana 2012 ianya diadakan di pertengahan bulan Oktober bertempat di PWTC..

Semasa bertugas di sana, pada malam Sabtunya kami berkesempatan menemui salah seorang idola kami dalam dunia cyber, En Azli Paat.

Sempat juga berurus niaga dengan beliau sambil mendaftar di sistem beliau terkini di adacard.
Sila click http://319353.adacard.my/.   Insya Allah ianya akan dikemaskini sedikit masa lagi....
  

FROM CHRISTCHURCH WITH LUV

Mar 2011....  Hatiku berdebar-debar tika kali pertama aku melihat muka bumi New Zealand semasa kapal terbang Jetstar sedang terbang rendah.....   Kelihatan bukit-bukaunya yang bewarna kelabu mulai dari pesisir pantai Lautan Pasifik......Tak sangka betapa beraninya aku membawa anak lelakiku menjejaki negara yang sering dilanda gempa ini..... Namun Alhamdulillah sepanjang 6 hari berada di negara yang tika itu cuacanya agak sejuk, aku begitu bersyukur lantaran tiada gegaran yang kuat.  Sebaliknya keindahan panorama, udara yang bersih serta keramahan rakyatnya begitu mengkagumkan...Subhanallah....



Ricarton Park
Alhamdulillah kami sempat melawat bandar Christchuch dengan keadaan bangunan yang runtuh dan bahaya untuk diduduki akibat gempa bumi.
Kesan gempa keatas gereja di Christchurch

Dari Pusat Bandar Christchurch yang mulai dipulihkan setelah gempa, Alhamdulillah sempat menyaksikan betapa luasnya ladang ternakan biri-biri, kuda dan lembu hitam putih di alam nyata on the way to Ashburton hinggalah ke Akaroa Bay....  Subhanallah...


HUNTINGDON PARK ni tak jauh dari Ashburton.  Di sini ada tasik buatan yang menempatkan rumah kediaman jutaan NZ Dollar ditepiannya.....  Waktu nak pulang, dah senja.... angin terlau kuat.... nak buka pintu keretapun tak boleh....... Seram juga masa tu..... I suruh anak Azan kuat-kuat..... Alhamdulillah kami kembali dengan selamat......




No comments:

Post a Comment

Kami mengalu-alukan komen anda yang membina........Terima Kasih.