Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menyeru hamba-hamba-Nya agar bermusyawarah dalam kehidupan seharian.
Islam juga menganjurkan umatnya supaya bekerjasama dan bermusyawarah ketika menghadapi masalah.
Dalam Surah Al-Imran ayat 159, Allah berfirman,
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ |
"Maka disebabkan rahmat dari Allahlah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."
Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., para sahabat telah buat pertama kalinya bermusyawarah bagi memutuskan bakal khalifah; dimana Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencadangkan wakil khalifah semasa hidupnya setelah baginda wafat. Hasil permuafakatan tersebut, Saidina Abu Bakr telah dilantik menjadi Khalifah pertama di dalam Islam.
Sila klik untuk mengikuti tazkirah berikut:-
SOLAT JUMAAT
HARI AS-SYURA
No comments:
Post a Comment
Kami mengalu-alukan komen anda yang membina........Terima Kasih.