Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang |
"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (As-Syura:38)
" And those who answer the call of their Lord and establish worship ,
and whose affairs are a matter of counsel ,
and who spend of what We have bestowed on them"
Salam Jumaat buat semua kaum Muslimin dan Muslimat.....
Hari Jumaat adalah hari yang paling dimuliakan dalam seminggu. Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i & irmidzi, Rasullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam alaihis salam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.”
Pada hari Jumaat, difardhukan Solat Jumaat kepada kaum lelaki
Islam yang cukup syarat-syaratnya iaitu :
1. Islam 2. Baligh 3. Lelaki 4. Berakal 5. Berkemampuan 6. Merdeka 7. Bermukim
Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dgn syarat-syarat yang tertentu. Firman Allah dalam Surah Al Jum`ah, ayat 9 :-1. Islam 2. Baligh 3. Lelaki 4. Berakal 5. Berkemampuan 6. Merdeka 7. Bermukim
bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke mesjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],"
Malangnya, di akhir zaman ini, sering kita lihat dan dengar kaum lelaki Islam yang sengaja enggan bersolat Jumaat tanpa alasan-alasan yang munasabah. Na`uzubillah......
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda :
عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp menerima petunjuk" Hadith riwayat Abu Daud
Sabda Rasulullah lagi:
“Barangsiapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
Insya Allah banyak fadhilatnya jika kita menunaikan Solat Jumaat. Kehadiran ke Mesjid mendekatkan diri kepada-Nya. Firman Allah dalam Surah Ar Ra`ad: 28
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"
No comments:
Post a Comment
Kami mengalu-alukan komen anda yang membina........Terima Kasih.