PUTU KACANG HIJAU
Biskut Putu Kacang Hijau adalah antara biskut tradisional yang enak dihidang di hari Raya. Hari ini Putu Kacang Hijau dimakan sebagai kudapan sambil bekerja dan juga sambil bersantai sendirian mahupun bersama keluarga samada di rumah, mahupun ketika berkelah. Ianya turut dihidang kepada tetamu yang berkunjung ke rumah. Jika dulu, Putu Kacang Hijau ini dijemur di bawah panas mentari, kini ada yang membakarnya sahaja di oven. Namun, hakikatnya Putu Kacang Hijau yang di jemur di bawah panas terik adalah lebih enak berbanding dari yang diovenkan.
Bagi menyemarakkan kemasyuran kuih tradisional ini Putu Kacang Hijau, Syurabiz mengorak selangkah lagi dengan menghasilkan produk ini secara "Home-made". Putu Kacang Hijau produk kami diadun dengan sempurna bagi menghasilkan tekstur yang gebu, lembut dan tidak pecah berderai jika digigit, Insya Allah.
Produk Putu Kacang Hijau ini kami jual pada harga RM25 untuk 60 biji dalam bekas plasic microwave berukuran 6 x 3 1/2 inci lebar dan 2 1/2 inci tinggi.
Bagi yang berminat untuk menempah kuih Putu Kacang Hijau yang enak ini, sila sms ke 012-2472071.
No comments:
Post a Comment
Kami mengalu-alukan komen anda yang membina........Terima Kasih.