Sunday, 4 December 2011

HARI AS-SYURA

Hari As-Syura adalah hari ke 10 dalam bulan Muharram.  Kalender 2011 merekodkan 10 Muharram 1433H jatuh pada 6 Disember 2011. 


"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka"    


(As-Syura : 38)



Sejarah Hari As-Syura
Hari Asyura telah mencatatkan banyak sejarah besar dan keajaiban.  Antaranya:-
1.       Allah mencipta alam ini dan menurunkan hujan
2.      Nabi Adam dicipta
3.      Allah menjadikan syurga
4.      Nabi Ibrahim dilahirkan dan tarikh yang sama baginda diselamatkan dari api Raja Namrud
5.      Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
6.      Taubat Nabi Adam diterima Allah.
7.      Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
8.      Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
9.      Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
10.  Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
11.  Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
12.  Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
13.  Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
14.  Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
15.  Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
Sunat Hari As-Syura
Diantara perkara sunat di hari As-Syura adalah umat Islam disunatkan berpuasa, seperti yang diterangkan dalam hadith riwayat Bukhari:
51- عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ وَلَمْ يَكْتُبْ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ وَأَنَا صَائِمٌ فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ. (رواه البخاري)
Dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hari ini ialah hari Asyura,  sedang kamu tidak diwajibkan berpuasa padanya, sebaliknya aku sekarang sedang berpuasa.  Oleh itu, siapa suka berpuasa bolehlah ia berpuasa dan siapa suka berbuka maka bolehlah ia berbuka."

Bubur As-Syura
Sejarah Bubur As-Syura yang cukup terkenal ialah apabila Nabi Noh dan pengikut-pengikutnya yang setia diselamatkan  Illahi  dari umatnya yang engkar…….  Setelah bahteranya selamat berlabuh dari surutnya banjir besar akibat bencana yang diturunkan Allah ke atas kaumnya yang kufur, bubur Asyura pertama kali dimasak hasil terkumpulnya beberapa bijirin yang ada tika itu.

Tuesday, 29 November 2011

YATIM

PEYATIM (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia)

No.Pendaftaran 861/90 ditubuhkan pada 19 November 1990.  PEYATIM adalah sebuah pertubuhan sukarela yang menyelaras kegiatan 49 ahli gabungan yang terdiri daripada 56 buah asrama di seluruh negara dengan penghuninya seramai kira-kira 4000 anak yatim.

MATLAMAT PEYATIM :  
Berusaha untuk membangun dan mengembangkan potensi anak yatim supaya mampu berdikari.

STRATEGI PEYATIM :
Strategi utama untuk mencapai matlamat ini ialah melalui pendidikan dengan menubuhkan Kolej Teknologi Bestari (KTB) dan Institut Kemahiran Bestari (IKB

KTB dibina di atas sebidang tanah seluas 320 ekar di daerah Setiu, Terengganu pada 14 Jun 1998 untuk memberi peluang kepada anak yatim dan miskin juga masyarakat umum melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang akademik.
KTB menjalin kerjasama dengan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dan luar negara.
KTB menawarkan kursus di peringkat Ijazah, Diploma dan juga Sijil dalam pelbagai disiplin ilmu.

YAWATIM (Wakaf Pendidikan Anak Yatim/Miskin Malaysia)
Usaha sedang giat dilakukan untuk menaiktaraf KTB kepada Universiti Kolej Bestari Malaysia (UKBM) yang berkonsepkan waqaf, dimana ia mampu menampung seramai 5000 penuntut. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi pada dasarnya bersetuju dengan konsep ini dan meminta supaya ditubuhkan satu badan yang dapat mengurus dana waqaf tersebut.
Waqaf dapat membantu anak yatim dan miskin melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang akademik atau pun kemahiran.
Waqaf ini juga membantu bagi membangunkan infrastrukur KTB/IKB dan institusi lain yang akan ditubuhkan di bawah PEYATIM.
Waqaf menjadikan UKBM, IPTS berkonsepkan waqaf yang ulung di Malaysia .
Derma waqaf ini dikecualikan daripada cukai pendapatan (No.LHDN: 01/35/42/51/179-6.3872)

WAQAF TAPAK KTB
Tapak KTB seluas 320 ekar(1,299,000 meter persegi) di Lot No. 3214 Mukim Tasik, Setiu Terengganu akan diwaqafkan dengan kadar RM 300.00(RM:Tiga Ratus) bagi setiap meter persegi (RM 30.00 bagi 1/10 meter persegi).
WAQAF telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam mesyuaratnya pada 18 Mei 2009 melalui suratnya:-
Ruj: MAIDAM .03-003/46-(11) bertarikh 13 Julai 2009.

WAQAF bermaksud menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan umum, dengan niat ibadat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Dalilnya: -
“Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha mengetahui”
Surah Al-Baqarah 2 : 216
Sabda Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:
“ Apabila mati anak Adam, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”
(Riwayat Abu Hurairah)

BAGAIMANA PROSES PENJUALAN DERMA TANAH WAQAF?
•  Aqad jual beli melalui borang khas
•  Pembeli mewaqafkan tanah tersebut
•  Agen mengeluarkan resit
•  Agen memasukkan wang ke akaun PEYATIM
•  PEYATIM mengesahkan penerimaan
•  Pembeli akan menerima sijil penghargaan dari PEYATIM
•  Apabila selesai penjualan dan pewaqafan, tanah ini akan dipindah milik kepada MAIDAM.
•  MAIDAM akan memohon penukaran status tanah kepada status tanah milik kekal daripada pejabat tanah.

PENGURUSAN DANA WAQAF
Dana di urus oleh:-
  • Lembaga Pemegang Amanah
  • Jawatankuasa Pengurusan
Pentadbiran dan Pengurusan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan dibantu oleh kakitangan yang berkenaan.  

Sekiranya anda berhasrat untuk menyumbang, sila hubungi ibu pejabat PEYATIM di 
No.37, Jalan Nirwana 39,  Taman Nirwana , 68000 Ampang, Selangor D.E. 
Tel 03-9286 1992/03-9284 9205.   Fax: 03-9286 4872

SENARAI RUMAH ANAK YATIM DI SELANGOR DARUL EHSAN
1.  Asrama Damai (Anak Yatim Kuang)
KM 28.5, Lorong Teratai Kg. Damai Kuang, 48050 Kuang, Selangor Darul Ehsan
Tel:  03-6038 2823.   Fax: 036-6038 6207
http://rumahanakyatimkuang.blogspot.com/
2.  Rumah Anak Yatim Sg Buaya
Kuala Langat, 42700 Banting, Selangor.
TeL: 03-3187 4964
3.  Rumah Anak-anak Yatim Hulu Kelang (Rumah Bakti)
KM11, Jalan Hulu Kelang, 68000 Selangor Darul Eshan
Tel:  03-4256 8880
http://rumahbakti.blogspot.com/
4.  Rumah Keluarga Kami
No. 139, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor.
Tel:  03-8736 7877
http://rumahkeluargakami.blogspot.com/
5. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Sabak Bernam, Selangor
Parit 1, Jalan Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Tel: 03-3224 2849
6. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sabak Bernam, Selangor
Batu 36, Sekendi, 45200 Sabak Bernam, Selangor.
http://rumahanakyatimsabakbernam.blogspot.com
7.  Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Anak Miskin Kelang (PENYAKIN)
KM 3, Jalan Meru, Kg Batu Belah, 41050 Klang
Tel: 03-3341 2513
8.  Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)
Taman Subang Permai, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03-5631 2664
9.  Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah 
Batu 1 1/2 Sg Pinang, Jalan Kapar, 41400 Kelang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-3341 0362
10.  Rumah Amal Limpahan Kasih
Ibu Pejabat & Asrama Putera
Lot 115A, Lorong Bistari 3, Kg Sri Aman, Batu 13, 47100 Puchong Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8061 8050   Fax: 03-8060 7514
Pn Rabaah : 019-222 7339 atau En Zawawi : 016-362 7913
E-mail: limpahan_kasih@yahoo.com
http://www.rumahamallimpahankasih.com
11.  Rumah Anak-AnakYatim Darul Izzah
Lot 2191-2A, Pekan Makmur, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel:  03-8925 7293 (En Musa Idris)
http://rumahanakyatimdarulizzah.blogspot.com/

Tuesday, 27 September 2011

Saham Akhirat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (As-Syura:38) 

" And those who answer the call of their Lord and establish worship , 
and whose affairs are a matter of counsel , 
and who spend of what We have bestowed on them"



PESANAN DI HARI JUMAAT
:

Salam Jumaat buat semua kaum Muslimin dan Muslimat.....
Hari Jumaat adalah hari yang paling dimuliakan dalam seminggu.  Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i & irmidzi, Rasullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam alaihis salam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.”



Pada hari Jumaat, difardhukan Solat Jumaat kepada kaum lelaki 
Islam yang cukup syarat-syaratnya iaitu : 
1. Islam  2. Baligh  3. Lelaki  4. Berakal  5. Berkemampuan  6. Merdeka  7. Bermukim

Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dgn syarat-syarat yang tertentu.   Firman Allah dalam Surah Al Jum`ah, ayat 9 :-

bermaksud:
 "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke mesjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," 


Malangnya, di akhir zaman ini, sering kita lihat dan dengar kaum lelaki Islam yang sengaja enggan bersolat Jumaat tanpa alasan-alasan yang munasabah.  Na`uzubillah......
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda : 
عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ 
وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ


"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp menerima petunjuk" Hadith riwayat Abu Daud
Sabda Rasulullah lagi:
“Barangsiapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)


Insya Allah banyak fadhilatnya jika kita menunaikan Solat Jumaat.  Kehadiran ke Mesjid mendekatkan diri kepada-Nya.  Firman Allah dalam Surah Ar Ra`ad: 28
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.  Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

Sunday, 25 September 2011

Recipe

Resepi Bubur Jagung
Bahan-bahannya:
4 Biji jagung mentah yang dihiris jagung dari tongkolnya
Santan pekat dari sebiji kelapa
2 Senduk Gula Putih
1 Ketul Gula Melaka
2 Camca Besar Gula Merah
Daun Pandan
Sedikit Garam


Cara-Caranya;
Rebus hirisan jagong mentah dengan air sekadar tenggelam.
Setelah menggelegak, masukkan santan, semua jenis bahan-bahan dari gula dan garam serta daun pandan. Masak dengan api yang sederhana hingga menggelegak.

Thursday, 22 September 2011

Queen's Diary

HUJAN DI BULAN NOVEMBER, 2012.

Ahad, tanggal 4 November, 2012 bersamaan 19 Zulhijjah 1433H.  
Dengan takdir-Nya, hujan turun tanpa henti hari ini.... kekadang lebat...kekadang renyai-renyai dan kekadang sekadar remis-remis sahaja......  Bagi kebanyakan orang, mungkin hari ini tidak sesuai untuk membasuh pakaian.  Tapi hari ini kulalui dengan menjinakkan mesin basuhku membasuh hampir kesemua langsir pintu dan tingkap......  Sidai di mana-mana ruang di dalam rumah termasuk gantung kembali ke tingkap yang telah ku lap habuknya......Alhamdulillah.... Rumah lebih segar kini.....

Musim tengkujuh Monsun Timur Laut yang bermula sejak sebelum Raya Haji lagi ini mengingatkan aku untuk meninjau-ninjau ramalam cuaca di http://www.met.gov.my.  Meskipun demam yang berulang-ulang mengiringiku dalam cuaca yang tidak menentu ini, kugagahi jua meneruskan hari-hari yang mendatang dengan penuh semangat.....Insya Allah. 

Dalam kedinginan angin petang, aku menyelongkar apa-apa bahan yang ada di dapur dan dalam peti ais.....Alhamdulillah, ada sedikit santan, gula kabung, lempok, tepung sebagai lempeng yang digunting kecil-kecil.....  Sesuai benar dibuat bubur caca.   Buburku perlukan satu lagi bahan penting.

Lantas, dalam hujan renyai-renyai, kusarung baju hujan suamiku, bertudung dan terus ke halaman yang dibasahi hujan dengan sebilah pisau... Beberapa helai daun pandan yang dijaga dengan baik oleh suami, kutetas dengan pisau tadi sebelum masuk semula ke rumah dan terus ke dapur.   Alhamdulillah, daun pandan ini dapat juga memberikan aroma Bubur Caca ku......



HALLFEST 2012, PWTC

Alhamdulillah kami berpeluang bertugas di Hallfest 2012; Halal Festival terbesar yang diadakan setiap tahun, dimana 2012 ianya diadakan di pertengahan bulan Oktober bertempat di PWTC..

Semasa bertugas di sana, pada malam Sabtunya kami berkesempatan menemui salah seorang idola kami dalam dunia cyber, En Azli Paat.

Sempat juga berurus niaga dengan beliau sambil mendaftar di sistem beliau terkini di adacard.
Sila click http://319353.adacard.my/.   Insya Allah ianya akan dikemaskini sedikit masa lagi....
  

FROM CHRISTCHURCH WITH LUV

Mar 2011....  Hatiku berdebar-debar tika kali pertama aku melihat muka bumi New Zealand semasa kapal terbang Jetstar sedang terbang rendah.....   Kelihatan bukit-bukaunya yang bewarna kelabu mulai dari pesisir pantai Lautan Pasifik......Tak sangka betapa beraninya aku membawa anak lelakiku menjejaki negara yang sering dilanda gempa ini..... Namun Alhamdulillah sepanjang 6 hari berada di negara yang tika itu cuacanya agak sejuk, aku begitu bersyukur lantaran tiada gegaran yang kuat.  Sebaliknya keindahan panorama, udara yang bersih serta keramahan rakyatnya begitu mengkagumkan...Subhanallah....



Ricarton Park

Germstone - Stock Clearance!



ADVENTURING RM30.00
 TIGER EYE- RM99.00



Please e-mail your request to syurabiz@gmail.com.
Your e-mail will be attended accordingly. TQ for your patience.