Sunday 4 December 2011

HARI AS-SYURA

Hari As-Syura adalah hari ke 10 dalam bulan Muharram.  Kalender 2011 merekodkan 10 Muharram 1433H jatuh pada 6 Disember 2011. 


"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka"    


(As-Syura : 38)



Sejarah Hari As-Syura
Hari Asyura telah mencatatkan banyak sejarah besar dan keajaiban.  Antaranya:-
1.       Allah mencipta alam ini dan menurunkan hujan
2.      Nabi Adam dicipta
3.      Allah menjadikan syurga
4.      Nabi Ibrahim dilahirkan dan tarikh yang sama baginda diselamatkan dari api Raja Namrud
5.      Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
6.      Taubat Nabi Adam diterima Allah.
7.      Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
8.      Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
9.      Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
10.  Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
11.  Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
12.  Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
13.  Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
14.  Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
15.  Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
Sunat Hari As-Syura
Diantara perkara sunat di hari As-Syura adalah umat Islam disunatkan berpuasa, seperti yang diterangkan dalam hadith riwayat Bukhari:
51- عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ وَلَمْ يَكْتُبْ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ وَأَنَا صَائِمٌ فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ. (رواه البخاري)
Dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hari ini ialah hari Asyura,  sedang kamu tidak diwajibkan berpuasa padanya, sebaliknya aku sekarang sedang berpuasa.  Oleh itu, siapa suka berpuasa bolehlah ia berpuasa dan siapa suka berbuka maka bolehlah ia berbuka."

Bubur As-Syura
Sejarah Bubur As-Syura yang cukup terkenal ialah apabila Nabi Noh dan pengikut-pengikutnya yang setia diselamatkan  Illahi  dari umatnya yang engkar…….  Setelah bahteranya selamat berlabuh dari surutnya banjir besar akibat bencana yang diturunkan Allah ke atas kaumnya yang kufur, bubur Asyura pertama kali dimasak hasil terkumpulnya beberapa bijirin yang ada tika itu.